Laman Ilmu

Selamat datang ke laman web Panitia Sains SMK Dato Abdul Rahman Yassin, Johor Bahru.
Blog ini adalah salah satu sumber di mana pelajar dan guru serta pembaca boleh mendapat info tidak saja bergantung kepada bahan p&p, malah info-info yang berkaitan dengan Sains.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pn Suriati binti Nasir
sainssdaryjb@gmail.com
atau
sue.sweetheart@gmail.com

Selamat membaca!!!

Wednesday, 27 April 2011

Science Project: Make Own String Phone




What you'll need:
  • 2 paper cups / 2 aluminium cans
  • A sharp pencil or sewing needle to help poke holes
  • String (kite string and fishing lines work well)


Instructions:
  1. Cut a long piece of string, you can experiment with different lengths but perhaps 20 metres (66 feet) is a good place to start.
  2. Poke a small hole in the bottom of each cup.
  3. Thread the string through each cup and tie knots at each end to stop it pulling through the cup (alternatively you can use a paper clip, washer or similar small object to hold the string in place).
  4. Move into position with you and a friend holding the cups at a distance that makes the string tight (making sure the string isn't touching anything else).
  5. One person talks into the cup while the other puts the cup to their ear and listens, can you hear each other?

What's happening?
Speaking into the cup creates sound waves which are converted into vibrations at the bottom of the cup. The vibrations travel along the string and are converted back into sound waves at the other end so your friend can hear what you said. Sound travels through the air but it travels even better through solids such as your cup and string, allowing you to hear sounds that might be too far away when traveling through the air.
More about phones:
Landline telephones feature microphones that convert sound waves into electric currents that are then sent through wires and converted back into sound waves by an earphone inside the telephone at the other end. Modern mobile phones use radio waves (part of the electromagnetic spectrum that includes microwaves, infrared, visible light, X-rays and others) to communicate with base stations located throughout telephone networks.
Phones have come a long way since Alexander Graham Bell was awarded the first electric telephone patent by the United States Patent and Trademark Office back in 1876. Today’s cell phones are a marvel of modern technology, featuring not only the ability to make phone calls but to also surf the web, play music, view documents and much more.

[kredit to sciencekidz.no.nz]

Monday, 25 April 2011

Info Sains: Apa itu obesiti?



Dewasa ini, isu obesiti dikalangan murid sedang hangat diperkatakan.
Adakah anda tahu apa itu obesiti???

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.

...............................

Kenapa pula penting untuk kita mengira dan mengetahui BMI dikalangan murid sekolah?
Kajian mendapati bahawa punca meningkatnya penyakit di kalangan rakyat Malaysia adalah kerana faktor pemakanan. Jika tidak dijaga dan dipantau dari kecil, ia akan memberi kesan buruk apabila seseorang itu dewasa kelak.

Antara penyakit yang mudah berlaku ialah:


Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
Tekanan darah tinggi
Strok (angin ahmar)
Batu hempedu
Diabetes (kencing manis)
Paras kolestrol darah yang tinggi
Gout
Sakit di bahagian bawah belakang badan
Sukar bernafas
Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
Gangguan pembuangan air kecil
Penyakit hati
Barah usus
Kajian juga mendapati kanak-kanak yang kurus lebih aktif berbanding kanak-kanak yang gemuk.

.............................


Guru pula, bakal mendapat tugas baru untuk mengira BMI pelajar.
Apakah itu BMI?

Indeks Jisim Badan (BMI) (bahasa Inggeris: Body Mass Index) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.
Indeks Jisim Badan
StatusBMI
KurusKurang 20.6
Normal20.7 - 26.4
Gemuk26.5 - 30.9
Obesiti31.0 - 45.2
BahayaLebih 45.3
Jika anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, anda boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:
Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):
BMI   =   
berat(kg)
------------------------------
tinggi(m) x tinggi(m)



Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta di atas bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus.

Atau pun, anda boleh KLIK SINI untuk mengira BMI anda.
Selamat mencuba!!!
.......................
Jangan risau sekiranya anda menghampiri obesiti...
BERSENAMLAH!!!
Kenapa?

Senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot.
Jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat.
Meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar (strok).
Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah.
Membantu mengawal lipid darah yang tidak normal.
Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang atau kecederaan yang lain.

Oleh itu, mulai dari hari ini, marilah kita mengamalkan gaya hidup sihat.
BERSENAMLAH...
Jadikan ia amalan.

[kredit to Wikipedia & nutriweb.org.my]

Saturday, 23 April 2011

Info Sains: Keunikan manusia


Sedikit fakta menarik mengenai badan manusia, antaranya:

**badan mempunyai sejumlah trillion unit sel.
**bahagaian badan yang berbeza mempunyai jenis sel yang berbeza.
**otak manusia mengawal segala aktivti sel, tisu, organ dan sistem.
**jantung manusia berdenyut 70 kali seminit, dan setiap kali berdenyut ia mengepam secawan darah.
**jantung manusia seberat 300 g dan berdenyut lebih kurang 100,000 kali setiap hari.
**terdapat 206 ruas tulang pada rangka manusia, separuh daripadanya terdapat pada tangan dan kaki.
**setiap manusia mempunyai 32 batang gigi.
**otot-otot membentuk satu setengah kali berat badan.
**jika kesemua kulit dibuang, ia mempunyai berat sejumlah 2.27 Kg.
**70% berat badan adalah berat air.



[kredit to Mr Google]

Info Sains: Ozon Perisai kehidupan Bumi



Kini, hampir semua daripada kita pernah mendengar perkataan ozon. Kalaupun tidak begitu memahami apa itu ozon, tapi pastinya ramai daripada kita yang sudah boleh mengaitkannya dengan perkataan-perkataan seperti CFC (kloroflorokarbon), pemanasan sejagat, lubang ozon dan kesan rumah hijau.

Perkataan ozon atau lebih tepat lagi lapisan ozon ini mula mendapat perhatian sekitar tahun 1980-an apabila saintis berjaya mengesan terdapat 'lubang' di lapisan ozon di Antartika.

Lapisan ozon adalah sesuatu yang tidak dapati dilihat dengan mata kasar. Ia terbentuk daripada tiga atom oksigen. Ia terbentuk secara semula jadi dalam lapisan atas atmosfera bumi.

Ia terhasil daripada tenaga matahari yang mengeluarkan radiasi ultra yang tinggi.

Radiasi itu berpecah menjadi molekul oksigen sekali gus melepaskan atom bebas di mana sesetengah daripadanya diikat dengan molekul oksigen yang lain untuk membentuk ozon.

Kira-kira 90 peratus daripada ozon di atmosfera terbentuk dengan cara ini iaitu meliputi di antara 15 sehingga 55 kilometer di atas permukaan bumi.

Bahagian ini dikenali sebagai stratosfera. Sungguhpun begitu, ozon yang hadir itu didapati terdapat dalam kuantiti yang sedikit iaitu maksimum tumpuan liputan hanya di antara 20 sehingga 25 kilometer.

Tumpuan ozon di dalam atmosfera bergantung kepada keseimbangan dinamik di antara sejauh mana ia terbentuk dan bagaimana pantas ia dimusnahkan.

Kenapa lapisan ozon penting untuk kehidupan di bumi?

Sebenarnya, lapisan ozon penting kerana ia menyerap radiasi ultra ungu (UV) daripada matahari untuk melindungi radiasi yang tinggi sampai ke permukaan bumi.

Radiasi dalam bentuk UV spektrum mempunyai jarak gelombang yang lebih pendek daripada cahaya yang nyata.

Radiasi UV dengan jarak gelombang adalah di antara 280 sehingga 315 nanometer (satu nanometer bersamaan satu milion daripada satu milimeter) yang dikenali UV-B dan ia merosakkan hampir semua kehidupan.

Dengan menyerap radiasi UV-B sebelum ia sampai ke permukaan bumi, lapisan ozon melindungi bumi daripada kesan radiasi yang merosakkan kehidupan.

Ozon Stratospheric juga memberi kesan kepada pengedaran suhu atmosfera yang memainkan peranan penting dalam mengawal suhu dunia.

Bagaimanapun, hasil kajian saintis mendapati lapisan ozon yang menjadi pelindung dan perisian kepada bumi daripada dirosakkan oleh radiasi UV-B ini didapati semakin menipis.

Gas CFC dikatakan antara punca kepada penipisan lapisan ozon ini.

CFC digunakan oleh masyarakat moden melalui pelbagai cara termasuklah dalam peti sejuk, bahan dorong dalam penyembur, pembuatan buih dan bahan pelarut terutamanya bagi kilang-kilang elektronik.

Sesungguhnya, usaha-usaha untuk mengelakkan penipisan ozon menjadi semakin serius kini dilakukan secara bersepadu oleh semua negara di dunia.

Usaha itu telah pun dimulakan secara serius melalui Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNEP).

Pada tahun 1977 lagi, UNEP telah mengambil tindakan Perancangan Dunia terhadap lapisan ozon dan dalam tahun 1987, satu kesefahaman dunia mengenai pengurangan pengeluaran bahan yang menyebabkan lapisan ozon telah ditandatangani iaitu Protokol Montreal.

Protokol ini memperkenalkan sukatan, termasuk tindakan-tindakan dalam mengawal penghasilan dan pembebasan CFC ke dalam alam sekitar.

Sesungguhnya semua penduduk dunia perlu memandang serius untuk mengatasi masalah ini jika kita mahu generasi masa depan mewarisi alam sekitar yang selamat untuk diduduki.




[kredit to Mr Google]

Info Sains: Earth hour


PENGAJARAN TERSUSUN DARI ALLAH
Gempa bumi Padang, Indonesia.
Gempa bumi Christchurh, New Zealand.
Gempa bumi Fukue Shima, Japan.
Tsunami Fukue Shime, Japan.
Gempa bumi Myanmar – Thailand.
Banjir teruk melanda semenanjung Malaysia.
Serta beberapa bencana yang berterusan sekitar dunia…..
 Fakta Earth Hour
Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. Dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007  dan mendapat sokongan dunia pada 2008.
Menurut WWF Thailand, Bangkok mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 73.34 megawatt, dimana, satu jam, sama dengan 41.6 tonkarbon dioksida. Bangkok Postmemberikan perbezaan rajah 165megawatt-jam dan 102 ton karbon dioksida
Di Dubai, dimana lampu luar dibeberapa bandar utama tanah besar telah dimatikan dan lampu jalan dikawasan terpilih telah dimalapkan sehingga 50%, Electricity and Water Authority melaporkan penjimatan 100 megawatt-jam penggunaan elektrik. Ini merupakan pengurangan 2.4% penggunaan elektrik dibandingkan jam sebelumnya.
Ireland, keseluruhannya, telah mengalami pengurangan dalam penggunaan elektrik, menggunakan 1.5% pada acara tersebut. Dalam masa tiga jam antara 6:30 petang dan 9:30 malam, telah berlaku pengurangan 50 megawatt, menjimatkan 150 megawatt-jam, atau sekitar 6 ton karbon dioksida.
Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk perubahan Iklim di Bali  menjadi jelas apabila menandatangani Protokol Kyoto bersetuju bahawa pengurangan kesan rumah hijau dari 25 hingga 40% boleh dilakukan pada 2020 untuk mengurangkan kesan pemanasan global yang menyebabkan peningkatan air laut dan beberapa masalah yang lain. Dalam konteks tersebut Earth Hour berada pada tokenisme terburuk atau pada masa terbaiknya menyedarkan manusia untuk maju ke hadapan seperti menggunakan tenaga hijau dari sumber sepertitenaga angin, tenaga suria, atau tenaga nuklear, dan tidak menggunakan elektrik yang sumbernya dari pembakaran bahan bakar fosil seperti arang batu, gas asli dan petroleum.


Jadi, INGAT ya!!!
Setiap Sabtu terakhir pada bulan Mac ialah Earth Hour untuk satu dunia termasuklah Malaysia.
Marilah kita menyelamatkan bumi kita daripada dilanda bencana-bencana alam yang tidak terduga hadirnya.

[kredit to Mr Google]

Friday, 22 April 2011

Info Sihat: Rahsia Pemakanan Cendekiawan Islam

Sumber : Majalah estidotmy keluaran Mac 2007 Ruangan Fakta Menarik

Seperti yang kita sedia maklum,makanan merupakan faktor paling penting bukan sahaja kepada kesihatan tubuh badan malah lebih utama kepada kecerdasan otak. Ramai percaya bahawa terdapat sesetengah makanan yang boleh membantu menguatkan daya ingatan dan menjadikan minda serta fikiran kita lebih cerdas.

Malah, cendekiawan-cendekiawan Islam silam juga mempunyai rahsia dan formula makanan mereka tersendiri dan terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab.

Namun, sejak beberapa abad kebelakangan ini, rahsia pemakanan cendekiawan Islam yang tesembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam lain ini cuba diketengahkan kembali. Berikut adaklah formula pemakanan genius-genius Islam yang terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

MADU 



Madu adalah makanan yang amat berkhasiat.
 Al-Quran mengiktirafnya sebagai “shifa” iaitu penyembuh penyakit.
Manisan madu digelar Raja Ubat dan dapat menyembuh kebanyakan penyakit.
Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya dan mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein antiseptik, dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.
Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.
Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental yang mana ia boleh menghindarkan kepenatan otak bekerja seperti berfikir, membaca, merancang, dan bermesyuarat.

KISMIS- 


Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
-Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, serta lemah fikiran.


SUSU SEGAR- 


Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.
-Mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak, dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.
-Merupakan makanan yanag paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh badan iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air.
-Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.
-Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.


TELUR

Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.
Pakar kesihatan mengakui telur merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat.
Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air dan bahan ekstraktif.
Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda.
Telur yang terbaik ialah telur ayam kampong dan masih baru.

HALIA 



Ia sangat mujarab untuk mengelak sering lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

LIMAU OREN 

Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran.
Limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

DAGING BURUNG MERPATI
 
Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif unuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.
Kanak kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasannya

DAGING AYAM 



Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi.
Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.

DAGING BIRI-BIRI 

Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan menghafal.

HATI 



Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

KEKACANG 

Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain.
Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak dan ia juga mengandungi nilai protein yang tinggi.

BUAH BADAM 


Untuk meningkatkan kecerdasan.

KEMENYAN PUTIH 




(Kemenyan Serani/Luban/Kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula

BUNGA KUBIS 



Terdapat sejenis asid amino di dalam sayuran ini yang mampu menguatkan tenaga mental.

BUNGA CENGKIH 





Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja. Ia berguna untuk merangsang kecergasan minda dan memberi lebih tenaga untuk badan.

LABU 





Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Disarankan untuk memasukkan labu dalam sebarang masakan sup kerana ia mampu menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

MINYAK SAPI 



Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil. Melancarkan peredaran darah ke bahagian otak serta menguatkan memori.

SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR 





Membantu meningkatkan kekuatan akal dan memori 



***Semoga info ini berguna untuk semua.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...