Dewasa ini, isu obesiti dikalangan murid sedang hangat diperkatakan.
Adakah anda tahu apa itu obesiti???
Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.
...............................
Kenapa pula penting untuk kita mengira dan mengetahui BMI dikalangan murid sekolah?
Kajian mendapati bahawa punca meningkatnya penyakit di kalangan rakyat Malaysia adalah kerana faktor pemakanan. Jika tidak dijaga dan dipantau dari kecil, ia akan memberi kesan buruk apabila seseorang itu dewasa kelak.
Antara penyakit yang mudah berlaku ialah:
Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
Tekanan darah tinggi
Strok (angin ahmar)
Paras kolestrol darah yang tinggi
Gout
Sukar bernafas
Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
Penyakit hati
Barah usus
Kajian juga mendapati kanak-kanak yang kurus lebih aktif berbanding kanak-kanak yang gemuk.
.............................
Guru pula, bakal mendapat tugas baru untuk mengira BMI pelajar.
Apakah itu BMI?
Indeks Jisim Badan (BMI) (bahasa Inggeris: Body Mass Index) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.
Indeks Jisim Badan | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Status | BMI | |||||||
Kurus | Kurang 20.6 | |||||||
Normal | 20.7 - 26.4 | |||||||
Gemuk | 26.5 - 30.9 | |||||||
Obesiti | 31.0 - 45.2 | |||||||
Bahaya | Lebih 45.3 |
Jika anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, anda boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:
Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):
BMI = |
|
Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta di atas bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus.
Atau pun, anda boleh KLIK SINI untuk mengira BMI anda.
Selamat mencuba!!!
.......................
Jangan risau sekiranya anda menghampiri obesiti...
BERSENAMLAH!!!
Kenapa?
Senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot.
Jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat.
Meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar (strok).
Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah.
Membantu mengawal lipid darah yang tidak normal.
Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang atau kecederaan yang lain.
Oleh itu, mulai dari hari ini, marilah kita mengamalkan gaya hidup sihat.
BERSENAMLAH...
Jadikan ia amalan.
[kredit to Wikipedia & nutriweb.org.my]
No comments:
Post a Comment