Laman Ilmu

Selamat datang ke laman web Panitia Sains SMK Dato Abdul Rahman Yassin, Johor Bahru.
Blog ini adalah salah satu sumber di mana pelajar dan guru serta pembaca boleh mendapat info tidak saja bergantung kepada bahan p&p, malah info-info yang berkaitan dengan Sains.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pn Suriati binti Nasir
sainssdaryjb@gmail.com
atau
sue.sweetheart@gmail.com

Selamat membaca!!!

Tuesday, 21 June 2011

Info Sains: Apa itu E.coli?

Kebelakangan ini kita sering mendengar berita tentang sejenis bakteria e.coli...

Apa itu E.coli???



Fakta Penting Mengenai Bakteria E.Coli:
  • Nama penuh Bakteria E.Coli ialah Escherichia coli.
  • Cara sebutan E.Coli ialah e-ko-lai (sebutan dalam Bahasa Melayu).
  • E.Coli adalah bakteria yang boleh masuk ke makanan, seperti daging lembu dan sayur-sayuran.

  • Bakteria E.Coli boleh hidup didalam usus dan akan menyebabkan jangkitan yang sangat serius dan juga boleh menyebabkan severe cramps dan diarrhea hingga boleh membawa maut.
Punca Bakteria E.Coli berjangkit:
  • Minum susu tidak dipasteurisasi (susu mentah tanpa proses).
  • Makan daging lembu matang (di dalam adalah merah muda).
  • Minuman tercemar (air minuman tercemar).
  • Makan makanan mentah (daging) atau tercemar.
  • Bekerja dengan ternakan seperti lembu atau kambing.
  • Memakan buah tomato mentah, timun dan salad yang diimport dari Jerman.
Tanda-tanda Dijangkiti Bakteria E.Coli:
  • Rasa mual-mual dan muntah-muntah.
  • Demam.
  • Dada menjadi sakit.
  • Abdominal cramps yang teruk yang terjadi secara tiba-tiba.
  • Lelah.
  • Najis berdarah kerana berlaku luka diusus.


Sumber: Pelbagai sumber internet.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...